Malaysia
Beli dalam talian:
Dapatkan Sampel Percuma

Mengenai Terkucil

Ketahui lebih lanjut supaya anda boleh kekal yakin setiap hari.

‘Terkucil’ atau ‘Lemah Kawalan Kencing’ adalah tirisan urinari tidak sengaja apabila anda ketawa, bersenam ataupun mengangkat objek berat. Tidak seperti inkontinens sederhana atau berat, terkucil biasanya hanya beberapa titis atau semburan kecil. 

Yang mengejutkan? 1 dari 4 wanita berusia lebih 35 tahun mempunyai kondisi ini! Ianya jauh lebih biasa dari kita fikirkan. Malah, anda mungkin mengenali seseorang yang mempunyai kondisi ini juga. 

Berita baiknya ialah ini tidak perlu menghalang anda daripada menjalani kehidupan anda. Seperti yang akan anda temui, keadaan ini boleh diurus serta diperbaiki, dan juga mengelaknya daripada berlaku.

Dalam kebanyakan kes, otot lantai pelvis yang lemah adalah puncanya. Seperti mana-mana otot lain, lantai pelvis boleh melemah dari masa ke semasa tanpa senaman yang betul. Terdapat banyak juga sebab lain yang boleh menyebabkan ketegangan dan kerosakan dalam sesetengah jangka masa. 

  • MENGANDUNG
    Berat tambahan bayi yang dikandung menyebabkan tekanan terus ke lantai pelvis.
  • BERSALIN
    Ketegangan faraj yang berlebihan ketika ibu bersalin boleh menyebabkan kerosakan pada otot.
  • OBESITI
    Seperti kehamilan, membawa berat berlebihan juga menambah beban lebihan pada lantai pelvis.
  • MEROKOK
    Atau lebih khusus lagi, batuk berterusan yang berkaitan dengannya.
  • SEMBELIT
    Ketegangan akibat sembelit yang berterusan boleh melemahkan otot.
  • PENUAAN
    Otot kita secara semula jadi akan longgar dan hilang kekuatan apabila kita semakin berumur. Perubahan hormon juga memainkan peranan.

Pendek kata, terkucil boleh terjadi dari pelbagai sebab dan kondisi semula jadi, kerana tubuh badan kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Ia bukanlah perkara yang memalukan. Lebih banyak kita belajar mengenainya, lebih banyak kita boleh berasa yakin untuk mengawalnya.

Lemah Kawalan Kencing boleh berlaku tanpa diduga apabila terjadinya tekanan pada pundi kencing, dan otot lantai pelvis tidak cukup kuat untuk menahan air kencing. Tekanan ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak aktiviti harian, termasuk:

  • BERSIN
    Orang yang mempunyai alahan mungkin mengalami situasi ini lebih kerap.
  • BATUK
    Lebih berkait dengan selsema atau batuk berterusan oleh perokok.
  • SENAMAN LASAK
    Terutamanya senaman berimpak tinggi, contohnya berlari atau melompat.
  • MENGANGKAT BERAT
    Membawa beban berat seperti peralatan gim, perabot mahupun kanak-kanak.
  • DIET
    Pengambilan makanan dan minuman yang diketahui boleh mengganggu fungsi pundi kencing termasuk kafein, alkohol, minuman berkarbonat, coklat, sitrus, tomato dan cili yang berlebihan.
  • DEHIDRASI
    Ini kedengaran bercanggah, tetapi dehidrasi boleh meningkatkan kepekatan air kencing dan seterusnya mengganggu pundi kencing.
  • JANGKITAN SALURAN KENCING (UTI)
    Ini boleh berlaku apabila kebersihan dan kekeringan tidak seimbang atau baik, menyebabkan bakteria untuk masuk ke saluran kencing.
  • KETAWA
    Walaupun ini boleh mencetuskan terkucil, ia adalah sesuatu yang anda tidak mahu tahan! Ketawa sesuka hati dengan perlindungan TENA Discreet.

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengatasi kelemahan pundi kencing. Berikut adalah beberapa contoh: 

  • SENAMAN LANTAI PELVIS
    Juga dikenali sebagai Senaman Kegel, ia membantu menguatkan otot lantai pelvis anda. Ini adalah otot yang sama yang anda gunakan untuk mengelak membuang angin di khalayak ramai, atau mengemut untuk cuba dan hentikan aliran air kencing. Hanya dengan mengecutkannya sepanjang hari, anda boleh menguatkan otot dan mengurangkan kebocoran dari masa ke semasa. 
  • SENTIASA KEKAL TERHIDRAT
    Minum sekitar dua liter air sehari. Ini bukan sahaja membantu fungsi pundi kencing anda untuk lebih lancer tetapi juga membantu dalam memastikan pergerakan usus tetap teratur.
  • PEMAKANAN SIHAT
    Kurangkan kafein, alkohol, minuman bergas dan makanan pedas yang boleh mengganggu pundi kencing. Nikmati diet yang kaya dengan serat dan makanan lengkap untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
  • BERHENTI MEROKOK
    Satu-satunya cara untuk mengatasi batuk perokok berpanjangan yang menyebabkan tekanan tidak wajar pada lantai pelvis adalah dengan berhenti merokok. Lihat doktor anda untuk dapatkan bantuan.
  • KERAP BERSENAM
    Tiada keburukan untuk ini! Ia mengekalkan berat badan dan membolehkan endorfin anda (hormon ‘pereda nyeri’) mengalir. Malah berjalan kaki setiap hari boleh mendatangkan perbezaan yang besar.
  • TABIAT TANDAS YANG BAIK
    Hanya kosongkan pundi kencing anda apabila ia penuh dan elakkan daripada tabiat pergi ke tandas ‘untuk berjaga-jaga’. Ini boleh menyebabkan akibat yang tidak diingini apabila melatih pundi kencing anda untuk mengatasi tekanan. Tetapi jangan menahan terlalu lama juga – seperti yang dinyatakan, ketegangan yang berlebihan boleh menjejaskan kawalan pundi kencing.

Jika anda mengesyaki kebocoran pundi kencing ringan anda adalah lebih dari sekadar otot lantai pelvis yang lemah, anda harus membuat temu janji dan berbincang dengan doktor anda.

Ramai wanita berasa malu untuk bercakap tentang tirisan air kencing, tetapi ia sangat biasa dan doktor dengan mudah akan tahu tentang diagnosis dan rawatan yang sesuai. 

Kebocoran pundi kencing secara tiba-tiba, ditambah pula dengan rasa pedih dan sakit terbakar apabila membuang air kecil akan menunjukkan bahawa anda mempunyai UTI, yang tidak mungkin hilang dengan sendirinya. Ia memerlukan perundingan dengan doktor.

Ubat-ubatan harian harus dikaji semula kerana ia mungkin menyebabkan tirisan air kencing. Dan walaupun jarang berlaku, perkembangan penyakit kronik mungkin berada di sebalik isu yang kelihatan tidak berbahaya tetapi menjengkelkan ini, jadi adalah sentiasa bijak untuk memeriksanya.

Sedikit kebocoran pundi kencing tidak sepatutnya menghalang anda meneruskan hari anda. Jikapun anda sedang dalam proses menguatkan otot lantai pelvis anda dan memperoleh tabiat yang baik untuk memperbaiki masalah, kebocoran kecil itu boleh diuruskan dengan mudah.

Mulakan dengan menggunakan produk yang betul untuk kebersihan dan perlindungan. Pad dan pelapik TENA Discreet direka untuk menyerap air kencing dengan berkesan, memberikan anda perlindungan yang jauh lebih baik dan bijak berbanding dengan tuala wanita, yang dibuat untuk menyerap darah.

TENA Discreet juga dilengkapi dengan Triple Protection (Tiga-Kali Perlindungan) untuk mengelakkan kelembapan, kebocoran dan bau. Ia meneutralkan ammonia untuk menghilangkan bau supaya anda boleh kekal yakin.

Produknya nipis namun sangat menyerap, lembut, bernafas dan hypoallergenic (tidak menyebabkan reaksi alergi). 

Ketahui produk mana yang paling sesuai dengan keperluan anda. >

* Dibandingkan dengan tuala wanita menggunakan kaedah dalaman.